suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuduhan Adun Meru Sangkaan Jahat - Ketua Pembangkang

DUN Selangor kecoh pada Rabu selepas Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) menuduh ketua pembangkang Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burung) tidak amanah berhubung elaun dan kemudahan kereta.

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini kecoh seketika apabila Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) menuduh ketua pembangkang Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burung) tidak amanah berhubung elaun dan kemudahan kereta.

"Pelawaan (menjadi pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan) ditolak, tidak mahu jadi Pengerusi PAC tetapi elaun tambahan diambil, elaun kereta diambil dan pembantu diambil," kata Abd Rani ketika membahaskan usul pelantikan Adun Kinrara Ng Sze Han sebagai anggota Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT).

Tindakannya itu menyebabkan Mohd Shamsuddin tidak berpuas hati dan meminta Adun Meru berkenaan menarik balik tuduhannya serta memohon maaf kepadanya.

Abd Rani kemudiannya menarik balik tuduhan itu.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi DUN, Mohd Shamsuddin berkata perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan beliau menerima kemudahan tersebut atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang.

"Saya bukan pengerusi PAC dan saya terima elaun khas untuk ketua pembangkang. Kereta yang diluluskan oleh Dewan ialah kereta yang disediakan khas untuk ketua pembangkang bukan kereta untuk Pengerusi PAC.

"Bila tuduh saya tidak amanah bila terima elaun tetapi tidak jalankan tugas (sebagai pengerusi PAC) ini tidak betul...ini sangkaan jahat...alhamdulillah dia tarik balik (tuduhan) kalau tidak saya minta supaya dia dirujuk kepada jawatankuasa tetap dewan," katanya.


Adun, Meru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain