suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Orang Ramai Diminta Bantu Kesan Anak Perempuan Hilang

Nur Al-Fatinah Mohd.
KUALA TERENGGANU: Sepasang warga emas di sini meminta orang ramai mengesan anak perempuan mereka yang hilang sejak seminggu lalu. 

Nur Al-Fatinah Mohd, 32, yang mengalami masalah lembam disedari hilang dari rumah di Kampung Baru Tetambah, Manir, pada 8 April. 

Ibu berkenaan Midah Awang, 53, berkata ia menyedari ketiadaan anaknya di rumah selepas selesai solat maghrib. 

Katanya panik dengan keadaan itu dia lantas memberitahu suaminya Mohamad Musa, 57, untuk mencari anak mereka di sekitar kampung namun gagal menemuinya. 

Ibu itu membuat laporan pada keesokannya di Balai Polis Manir. 

Kali terakhir Al-Fatinah dilihat mengenakan baju kurung putih bercorak bunga warna merah dan biru, katanya. 

Menurutnya tiga tahun lalu anaknya itu pernah hilang selama tiga hari bagaimanapun Fatinah balik semula ke rumah. 

Kepada sesiapa yang terserempak dengan Fatinah atau ada melihatnya diminta menghubungi Mohamad di talian 017-9449885 atau Ismail 013-9839224; atau Razali 014-2901187. 

Artikel Lain