suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Maut Kemalangan Di Temerloh

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 3 Jalan Karak-Mentakab, dekat Temerloh pada Isnin.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, S. Karshan mati ketika menerima rawatan akibat parah di kepala dan badan.

Katanya, kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku semasa bapanya yang berusia 30-an secara tiba-tiba hilang kawalan ke atas kereta Proton Wira yang dipandunya itu. 

"Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar batu penghadang jalan sehingga menyebabkannya terbalik," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Menurutnya mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Mentakab dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. 

Katanya ibu dan bapa mangsa bagaimanapun tidak cedera di dalam nahas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain