Esscom Hantar Sepasukan Pegawai Ke Selatan Filipina

Mohammad Mentek.
KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menghantar sepasukan pegawai ke selatan Filipina bagi membantu pihak keselamatan negara itu membebaskan pelancong warga China yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort awal bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata pasukan itu mengadakan perbincangan dengan pihak risikan Filipina bagi mencari jalan terbaik membebaskan pelancong wanita berkenaan.

Mengulas wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) bagi membebaskan warga China itu, beliau berkata setakat ini tiada tuntutan rasmi daripada penculik.

"Kemungkinan ada pihak lain yang membuat tuntutan," katanya dalam sidang akhbar di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin.

Pada 2 April lepas, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik sekumpulan tujuh lelaki pada kira-kira 10.30 malam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad berkata empat daripada suspek yang dikenal pasti terlibat dalam penculikan itu pernah menetap di Semporna tanpa dokumen perjalanan sah.

Beliau berkata tiga daripada mereka juga dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan barang ke Selatan Filipina manakala seorang lagi pernah bekerja di Semporna.

Sementara itu, Mohammad berkata Esscom merancang memperkenal satu prosedur operasi standard (SOP) untuk diguna pakai pihak berkuasa berkaitan sebagai satu keperluan bagi syarikat yang bercadang menubuhkan pusat peranginan di Sabah. 

Beliau berkata Esscom akan membentang SOP itu dalam pertemuan dengan pengendali pusat peranginan di bawah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada Selasa.

"Kita berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan di Esszone sentiasa berada dalam keadaan selamat meskipun kejadian penculikan baru-baru ini begitu mengecewakan," katanya. 

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain