suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Balingian: Undi Awal Pada Selasa

Proses undi awal di Balingian dilakukan hari ini.

MUKAH: Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil Balingian yang melibatkan 133 pengundi berdaftar berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah dengan proses penggundian bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar dan untuk pengundian awal hari ini, hanya satu saluran pusat mengundi dibuka manakala untuk pengundian biasa, 21 pusat mengundi akan dibuka untuk membolehkan 13,233 pengundi mengundi Sabtu ini.

Calon Barisan Nasional Yussibnosh Balo, 48, bakal berdepan dengan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang, 55.

Kerusi DUN Balingian kosong sejak 28 Feb lalu apabila penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Jawatan itu kemudiannya diisi Tan Sri Adenan Satem sekalu ketua menteri kelima.

Pada pilihan raya negeri 2011, Taib mengekalkan kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan menewaskan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas), dengan majoriti 5,154 undi.

Balingian, PKR, Barisan Nasional

Artikel Lain