suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paip Utama Di Lebuhraya Persekutuan Pecah

Paip pecah di Lebuhraya Persekutuan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
PETALING JAYA: Salah satu paip utama di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan pecah pada Sabtu, dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan cerucuk yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Kerja-kerja pembinaan cerucuk di PPUM memecahkan saluran paip kami. Ini merosakkan salah satu paip utama kami yang berukuran 15 inci diameter, kata Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred. 

Paip pecah itu yang terletak berhampiran gerbang Kota Darul Ehsan yang menunjukkan sempadan Selangor-Kuala Lumpur, telah ditutup dan dijangka memberi kesan kepada tekanan air di Petaling Jaya, katanya.

Syabas telah menghantar kontraktor untuk membaiki paip tetapi tidak dapat memastikan berapa lama masa yang akan diambil.

Paip pecah menyebabkan berlaku runtuhan kecil tanah berhampiran Universiti Malaya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan.

Artikel Lain