suria

Pelajar Tingkatan Lima Ditemui Lemas Di Sungai Pahang

TEMERLOH: Mayat seorang pelajar tingkatan lima yang dilaporkan hilang sewaktu mandi bersama tujuh rakannya di kawasan Esplanade, Sungai Pahang dekat sini semalam ditemui kira-kira pukul 12.10 tengah malam Isnin.

Mohd Faiz Daniel Mat Jaafar, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang, Temerloh, ditemui lemas oleh pasukan penyelamat dan polis kira-kira 10 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang tinggal di Kampung Keningau dekat sini telah turun ke sungai bersama rakan-rakannya pada pukul 6.30 petang Isnin.

"Mangsa dikatakan berenang ke bahagian hulu sungai tidak jauh dari kumpulan rakan-rakannya, namun tiba-tiba hilang.

"Sebaik sahaja menerima laporan kehilangan mangsa, polis dengan kerjasama pasukan penyelamat seramai 30 orang menjalankan gerakan mencari dan mayatnya ditemui terapung kira-kira 10 meter dari kawasan kejadian," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Abdul Aziz berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain