Umno Johor Sahkan Ketua Bahagian Bakri Digantung Keanggotaan - Semasa | mStar

Umno Johor Sahkan Ketua Bahagian Bakri Digantung Keanggotaan

JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan Umno Johor pada Isnin mengesahkan Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Penggantungan keanggotaan Saipolbahri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning itu disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri, Mohd Jais Sarday.

"Ya," katanya kepada Bernama pada Isnin menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila ditanya tentang kebenaran berita Ketua Bahagian Umno Bakri itu telah digantung keanggotaaannya oleh Ibu pejabat Umno baru-baru ini.

Mohd Jais yang juga Exco kanan kerajaan negeri bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap Saipolbahri.

Adun Bukit Naning itu juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd Dom pada pemilihan lepas.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno negeri, Ramlee Bohani pula ketika dihubungi pada Isnin turut enggan mengulas berkenaan isu penggantungan itu dan meminta supaya perkara itu dirujuk kepada Ibu pejabat Umno.

Sementara itu sumber-sumber memberitahu Bernama, Saipolbahri bersama empat pemimpin Umno Bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno.

Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Setiausaha Bahagian Mat Saad Amat, Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.

Sumber itu juga berkata, satu perjumpaan telah diadakan antara pemimpin-pemimpin peringkat cawangan bertujuan mengutip tandatangan bagi menyokong rayuan yang akan dikemukakan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mat Saad yang dihubungi pula berkata, mereka sedang dalam proses mengemukakan rayuan.

Tinjauan Bernama di pejabat Umno Bahagian Bakri mendapati ia lengang, hanya seorang kerani yang sedang bertugas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain