suria

Penggunaan T-Baton Tingkat Kewibawaan Polis - Noor Azam

TAWAU: Pengunaan alat T-Baton mampu meningkatkan kewibawaan pasukan polis ketika menjalankan tugas, kata Ketua Jabatan Pengurusan Sabah Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata penguasaan pengendalian T-Baton itu merupakan satu lagi kaedah yang digunakan anggota polis untuk mempertahankan diri ketika menjalankan tugas dalam memerangi jenayah.

"Penggunaan T-Baton sebagai senjata untuk menyerang musuh didapati hanya mendatangkan kecederaan paling minimum kepada suspek, selain mengurangkan penggunaan senjata api.

"Penggunaannya juga dapat mengelakkan pelbagai tohmahan yang sering dilemparkan kepada anggota polis sewaktu menjalankan tangkapan," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah pada perasmian penutupan kursus asas T-Baton siri 1/2014 di Batalion 14 PGA Tawau, Jumaat.

Noor Azam berkata bagaimanapun pengguna T-Baton perlu memiliki pemikiran waras dan rasional tanpa dikuasai emosi agar alat berkenaan dapat diaplikasikan secara berhemah dalam apa jua situasi.

Kursus asas T-Baton siri 1/2014 itu disertai seramai 30 peserta dari empat daerah pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna, kunak dan Lahad Datu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain