Polis P.Pinang Bongkar Dua Makmal Proses Dadah - Semasa | mStar

Polis P.Pinang Bongkar Dua Makmal Proses Dadah

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan (dua, kiri) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas semasa mengadakan sidang media berkenaan tangkapan dan rampasan dadah di kawasan Bagan Ajam dan Simpang Ampat di George Town pada Isnin. Foto BERNAMA
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan (dua, kiri) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas semasa mengadakan sidang media berkenaan tangkapan dan rampasan dadah di kawasan Bagan Ajam dan Simpang Ampat di George Town pada Isnin. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Pihak polis membongkar dua buah makmal memproses dadah di Seberang Perai pada Jumaat dan Sabtu lepas serta merampas kira-kira 4 kilogram heroin dan syabu bernilai kira-kira RM600,000.

Empat orang termasuk seorang wanita Thai turut ditahan di dua buah rumah teres di Simpang Ampat dan Bagan Ajam yang dijadikan makmal tersebut.

Empat buah kereta turut dirampas dalam serbuan itu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, pihaknya menyerbu sebuah rumah teres di Bagan Ajam pada Sabtu dan menahan seorang lelaki berumur 58 tahun dan wanita Thailand berusia 28 tahun.

Beliau berkata, di situ polis merampas 1.2 kilogram syabu dan 2.28 kilogram heroin serta pelbagai peralatan memproses dadah.

"Lelaki terbabit mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan senjata api," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah untuk pasaran tempatan dan mereka direman sehingga 28 Disember ini.

Thaiveegan berkata sehari sebelum itu, pihak polis menyerbu sebuah rumah teres di Simpang Ampat dan menahan seorang lelaki serta seorang wanita yang masing-masing berusia 43 dan 55 tahun.

Beliau berkata, polis turut merampas 700 gram syabu yang telah siap diproses.

Pasangan terbabit dipercayai menjalankan kegiatan memproses dadah sejak empat bulan lepas di rumah sewa itu dan kedua-dua mereka didapati positif syabu, katanya.

Mereka direman sehingga 27 Disember ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain