suria

Tiga Rakyat Singapura Antara Lima Didakwa Di JB Kerana Rasuah

JOHOR BARU: Seramai tiga rakyat Singapura, seorang rakyat Malaysia yang mempunyai status permastautin tetap Singapura, dan seorang warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Isnin berhubung lima kes rasuah secara berasingan.

Kelima-lima lelaki itu didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang merasuah antara RM50 dan RM500 kepada para pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), seorang anggota polis trafik dan seorang pegawai Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB).

Goh Siew Guan, 39, rakyat Singapura iaitu Segaran Naidu, 58, dan Shaik Mohamed Shaik Zain, 68, serta warga Bangladesh, Shiplu, 23, mengaku bersalah terhaadap dakwaan masing-masing di hadapan hakim, Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Setiap seorang daripada mereka dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000, atau penjara enam bulan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Rakyat Singapura, Lee Mong Seng, 70, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merasuah SGD$200 (RM500) kepada pegawai penguatkuasa SPAD pada kira-kira pukul 11.20 pagi 26 Oktober lalu sebagai suapan bagi melepaskan daripada melakukan kesalahan kerana membawa pengangkutan awam ke Malaysia tanpa permit.

Mohamad Haldar mengarahkan ikat jamin RM10,000 dan menetapkan 19 Januari bagi sebutan kes.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain