Masalah Penghantaran Pembantu Rumah Indonesia Ke Malaysia Akan Berakhir - Foo - Semasa | mStar

Masalah Penghantaran Pembantu Rumah Indonesia Ke Malaysia Akan Berakhir - Foo

PETALING JAYA: Agensi pengambilan pembantu rumah berkata, masalah penghantaran pembantu rumah warga Indonesia akan berakhir memandangkan mereka diberi kuasa untuk menentukan kos pengambilan pekerja domestik ini.

Bagaimanapun, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) mengakui kos untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah itu 'mungkin akan meningkat'.

Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata: 'Isu kos sentiasa menjadi halangan untuk membawa masuk pembantu rumah. Kerajaan cuba untuk mengawal harga tersebut tetapi agensi Indonesia masih enggan membekalkan pembantu rumah kepada kita kerana merasakan ia tidak berbaloi memandangkan harga dikenakan terlalu rendah.

"Perkara ini tertangguh sekian lama. Membenarkan kami untuk tampil dengan MoU baharu merupakan satu peluang untuk menyelesaikan kebuntuan itu," katanya.

Pada 1 Disember 2011, Malaysia dan Indonesia menandatangani MoU untuk menarik balik moratorium pembekalan pembantu rumah dari negara itu yang dilaksanakan pada Jun 2009.

MoU itu menetapkan kos untuk mengambil pembantu rumah Indonesia sebanyak RM4,511 - dengan RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Pada Januari tahun lalu, Papa mengumumkan bahawa kerajaan telah memberi lampu hijau untuk menaikkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia kepada RM6,700.

Pada Julai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan menetapkan kos pengambilan kepada RM8,000.

Foo berkata, sejak MoU ditandatangani pada 2011, hanya 660 pembantu rumah Indonesia dibawa masuk ke Malaysia.

"Sekiranya ia ditentukan oleh kami, kami mahu mengekalkan kos pada kadar sedia ada.

"Namun, kami akan berbincang dengan rakan-rakan di Indonesia sebelum keputusan akhir boleh dibuat," katanya.

Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati) berkata, kos tersebut tidak akan dinaikkan.

"Selagi kerajaan menyerahkan perkara itu kepada kami, kami yakin menerusi perbincangan dan MoU, kami akan dapat menyelesaikan isu tersebut dan menambah bekalan pembantu rumah ke Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Wanita Ditemui Terdampar Di Pantai

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain