suria

Gagal Hantar Penyata Tahunan, Syarikat & Dua Pengarah Didenda

KUALA TERENGGANU: Sebuah syarikat kontraktor kejuruteraan awam bersama-sama dua pengarahnya didenda keseluruhan RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana gagal menghantar penyata tahunan syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun 2012.

Syarikat Cherang Sepadu Sdn Bhd bersama-sama dua pengarahnya Wan Fauziah Wan Chik dan Nur Faraziela Mohamad masing-masing dikenakan denda RM1,000 atau penjara sebulan bagi tuduhan berkenaan.

Kesemua mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 164(4) Akta Syarikat 1965 di hadapan Majistret Rozianti Md Hanaphi dan membayar kesemua denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikat di lot 146 Kampung Jeram, Manir dekat sini.

Pendakwaaan kes dijalankan oleh pegawai pendakwa SSM Mohd Fauzi Awang. - BERNAMA

Artikel Lain