Tindakan Keluar Parti Bukti Pembangkang Tiada Landasan Perjuangan Sebenar - Semasa | mStar

Tindakan Keluar Parti Bukti Pembangkang Tiada Landasan Perjuangan Sebenar

KOTA BELUD: Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar parti baru-baru ini menunjukkan kemelut dalaman parti itu yang kini tidak mempunyai landasan perjuangan yang sebenar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan percaya masalah komunikasi dan tiada persefahaman di kalangan anggota dan pucuk pimpinan tertinggi parti menjadi punca mereka bertindak sedemikian.

"Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremmy Malajad keluar parti memang sudah dijangka dari awal tidak akan bertahan lama (bersama PKR) kerana falsafah politik berbeza selain terjadi permasalahan dengan ahli pembangkang dan mereka semua tidak serius kepada parti yang dilihat semakin kucar-kacir.

Antara mereka langsung tiada komunikasi dan perbincangan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR Sabah yang diketuai Datuk Seri Lajim Ukin terutama soal program pembangunan rakyat dan masyarakat setempat," katanya pada Ahad.

Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud mengulas tindakan Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah mengumumkan keluar parti berkuat kuasa Isnin lepas dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.

Pada Jumaat lepas turut menyaksikan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Jelani Hamdan meletakkan jawatan yang disandangnya sejak September lalu.

Jelani yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong dilaporkan berkata keputusan meletak jawatan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan cara pelantikan barisan pimpinan PKR Sabah.

Abdul Rahman berkata alasan pembangunan tidak berlaku di kawasan yang diwakili pembangkang tidak tepat kerana Kadamaian yang merupakan satu daripada kawasan DUN bagi Kota Belud tidak pernah dipinggirkan daripada arus pembangunan.

Beliau berkata kerajaan tidak mengabaikan mana-mana kawasan di negeri ini dan mereka yang bertindak keluar parti tidak harus menggunakan alasan pembangunan untuk bertindak sedemikian.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata rakyat harus membuka mata dengan melihat kepada cara pemikiran wakil rakyat yang jelas pendirian mereka bagi membawa masa depan yang baik pada masa depan.

"Setakat ini tiga ahli PKR keluar parti, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam parti itu," katanya sambil menambah PKR kini akan memastikan pergolakan dalaman parti itu dalam kawalan bagi mengelak lebih ramai anggota parti mengambil tindakan sama.

Menurutnya, wakil rakyat seumpama itu yang bertindak menjadi anggota bebas biasanya tidak bertahan lama kerana tiada ideologi perjuangan yang konsisten.

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dipetik sebagai berkata tindakan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti masing-masing kebelakangan ini adalah bukti kesedaran pemimpin berkenaan bahawa mereka tidak berupaya membantu rakyat jika kekal sebagai pembangkang.

Sebelum ini, Adun Luyang Hiew King Cheu bertindak meninggalkan DAP pada 27 September lepas dan menjadi wakil rakyat Bebas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tengku Zafrul Nafi Spekulasi Sertai CIMB

Artikel Berikut

Ting Dipilih Ketua Pemuda MCA Perak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain