suria

Tempoh Reman Anggota TLDM Tikam Wanita Dilanjutkan

IPOH: Tempoh reman seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dipercayai membunuh ahli perniagaan wanita di Apartment Bukit Permata dekat Lumut di sini dilanjutkan selama tujuh hari bermula Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Manjung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci.

"Kita sedang mengumpul maklumat bagi mengukuhkan kertas siasatan termasuk menunggu laporan bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada 31 Oktober lepas, Nariza Mustapha, 32, ibu kepada dua anak ditemui mati dengan keadaannya terbaring akibat ditikam di dada menggunakan senjata tajam di dalam bilik tidurnya di apartment itu pada pukul 7.30 pagi.

Susulan kejadian itu, polis menahan anggota TLDM terbabit untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain