suria

Malaysia Sedia Dapatkan Pandangan IIEP Mengenai PPPM - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan Pengarah International Istitute for Educational Planning (IIEP) Khalil Mahshi (kanan) ketika lawatannya ke Paris, Rabu. Beliau berada di Paris bagi menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan ke 37. -fotoBERNAMA

PARIS: Malaysia bersedia mendapatkan pandangan Institut Perancangan Pendidikan Antarabangsa (IIEP) dalam usaha memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilaksanakan secara paling efisien dan efektif.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan berkata ia bukan untuk keseluruhan spektrum PPPM tetapi bagi peringkat subsektor tertentu.

"IIEP boleh membantu kita, bukan dari segi merumuskan pelan kerana kita telah menyediakan pelan ini, tetapi mengenai bagaimana untuk melaksanakannya secara paling efisien, dan sudah tentu sebaik mungkin agar kita dapat melihat hasilnya seperti dikehendaki," katanya dalam pertemuan dengan pengarah IIEP Khalil Mahshi di institut itu di sini pada Rabu.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia di Perancis Tan Sri Ismail Omar.

IIEP, pusat latihan dan penyelidikan khusus dalam perancangan dan pengurusan pendidikan, diwujudkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) pada 1963.

Ia dibiayai menerusi geran daripada Unesco dan sumbangan sukarela daripada negara anggota dan lainnya.

Muhyiddin berkata wujud kemungkinan bagi kerjasama dan perkongsian dijalin antara IIEP dan Institut Aminuddin Baki (IAB) di Pahang dalam bidang tertentu khususnya dalam penyelidikan dan latihan.

"Saya akan bersetuju sekiranya kami patut meningkatkan sumbangan, mungkin US$50,000 (RM159,041) setahun daripada US$5,000 (RM15,904) setahun sebelum ini, tetapi dengan syarat apabila IIEP menjalin kerjasama rapat dengan IAB," katanya.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan itu, Mahshi berkata beliau kagum dengan usaha dilakukan Kementerian Pendidikan dalam membangunkan pendidikan berkualiti di Malaysia.

"Terdapat juga kemungkinan untuk pemeteraian Memorandum Persefahaman bagi bidang-bidang kerjasama, dengan kami boleh menawarkan pengalaman kami, tetapi kami juga ingin belajar daripada pengalaman Malaysia terutama dalam sektor pendidikan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain