suria

Romli Dai Dilantik SUK Perlis Yang Baharu

KANGAR: Bekas Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Romli Dai dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Perlis yang baharu menggantikan Datuk Azizan Hamid yang bertukar ke Putrajaya, pada 1 September lepas.

Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata perlantikan Romli, berkuat kuasa pada 21 Oktober.

"Kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti calon yang bersesuaian untuk mengisi jawatan Pegawai Kewangan Negeri Perlis yang masih kosong," katanya ketika mengumumkan perlantikan itu di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, Rabu.

Azlan turut mengumumkan perlantikan bekas Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), Jabatan Bantuan Guaman Wan Jeffry Kassim sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Perlis, berkuat kuasa 1 November lalu.

Wan Jeffry menggantikan Abdul Rasid Sudin yang bertukar ke Jabatan Bantuan Guaman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain