suria

Ambil Gambar Kertas Undi Menyalahi Undang-Undang - SPR

YAN: Tindakan mengambil gambar kertas undi yang dipangkah adalah menyalahi undang-undang dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memandang serius mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan sekiranya dikesan.

"Tak boleh ambil gambar kertas undi dengan kamera telefon bimbit. Kita akan awasi di bilik mengundi.

"Di setiap bilik mengundi, ada seorang petugas yang jaga kotak (kotak undi) dan juga yang akan buat pemantauan," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di pusat operasi media di sini, Ahad malam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak mengambil gambar kertas undi masing-masing yang sudah dipangkah bagi tujuan tertentu.

Menurut Abdul Aziz, perbuatan mengambil gambar tidak seharusnya berlaku kerana ia disifatkan sebagai perbuatan tidak beretika.

"Kalau dapat tangkap, itu adalah satu kesalahan. Kalau sudah keluar mengundi, nak ambil gambar kawasan mengundi tak mengapa. Tapi kalau nak ambil gambar kertas undi...tak boleh," katanya.

Artikel Berikut

Anwar Beritahu PAS GST Efisyen

Artikel Lain