Pembangkang Perlekeh Program Angkasawan Negara - Semasa | mStar

Pembangkang Perlekeh Program Angkasawan Negara

KUALA LUMPUR: Pertikaman lidah tercetus dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa apabila seorang anggota Parlimen pembangkang 'memperlekehkan' program Angkasawan Negara.

Ia bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Rasah) mendakwa Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah tidak menjawab soalannya berhubung kos rancangan Program Angkasawan Negara kedua nanti.

Keadaan semakin panas apabila Teo mendakwa Program Angkasawan Negara yang pertama adalah program membazirkan wang rakyat Abu Bakar 'naik angin' apabila Teo terus mempertikaikan sumbangan program itu dan menuduh angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum lepas.

"Saya sudah kata (jawab), dia (Teo) tak dengar. Program Angkasawan Negara Kedua, kita dalam proses perancangan. Saya sudah jawab, rancangan ini akan mengambil kira pandangan daripada semua pihak termasuk orang awam, saintis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri. Perincian ini sedang dalam penelitian kerajaan dan kos misi ini akan ditentukan kelak.

"Berhubung dakwaan kata program pertama membazir, saya nak terangkan sampai habis supaya dia faham, supaya dia 'clear' (jelas). Dia tak faham misi dan hasilnya, saya nak beri dia faham," katanya. Semasa menjawab soalan asal Teo yang ingin tahu perkembangan terkini program Angkasawan Negara kedua, Abu Bakar berkata hasil daripada program angkasawan pertama dahulu yang terbahagi kepada lima segmen antaranya penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan 24 kertas kerja penyelidikan telah diterbitkan di jurnal dan persidangan antarabangsa.

"Kita juga berjaya mempatenkan lapan penyelidikan selain pembangunan modal insan melibatkan 99 orang pengkhususan saintifik. Jadi Rasah (Teo), balik nanti baca (jawapan) supaya faham, jangan nak populariti,semuanya telah memberi kebaikan kepada negara, sebab itu kita adaperancangan angkasawan kedua," katanya.

Mengenai Program Angkasawan Negara kedua, Abu Bakar berkata pada dasarnya kerajaan bersetuju untuk meneruskan program itu yang dilihat penting dalam memastikan pembangunan keupayaan negara di sektor angkasa serta bidang berkaitan sains mikrograviti dan kerjasama antarabangsa.

"Pelancaran misi kedua tertakluk kepada peluang bagi mendapatkan giliran pelancaran yang disediakan kesatuan negara-negara pelancar. Penerimaan tawaran tersebut juga bergantung kepada faktor kedudukan ekonomi negara. "Buat masa ini tarikh penghantaran angkasawan kedua belum ditetapkan," katanya. Abu Bakar berkata kerajaan sedang berusaha membangunkan penyelidikan saintifik mikrograviti dengan kerjasama agensi angkasa seperti Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Russian Federal Space Agency (Roscosmos) dan European Space Agency (ESA). -BERNAMA

Artikel Berikut

Pengarang Buku Gagal Peroleh Kebenaran Merayu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain