Tampin: Shaziman Kekal Jawatan Ketua - Semasa | mStar

Tampin: Shaziman Kekal Jawatan Ketua

TAMPIN: Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Tampin selepas menang dengan 333 undi, menewaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz yang memperoleh 162 undi.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian pula, ADUN Gemencheh yang baharu, Mohd. Isam Mohd. Isa mendapat 345 undi untuk menewaskan dua pencabarnya, Nasarudin Mahamud (148 undi) dan Mohd. Shafie Mohd. Ariffa (7).

Sementara itu, jawatan Naib Ketua Umno Bahagian dimenangi Md. Amin Mohd. Riffa yang mendapat 329 undi, menewaskan Samsulkahar Alias (160) dan Abdul Malek Shamsudin (8).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain