suria

Jempol: Lilah Gagal Pertahan Jawatan

JEMPOL: Penyandang Ketua Umno Bahagian Jempol, Datuk Lilah Yasin gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya lebih 20 tahun itu apabila tewas kepada Datuk Mohd. Salim Sharif yang mendapat 308 undi pada persidangan perwakilan yang berlangsung di sini, Sabtu.

Lilah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong sekadar memperoleh 192 undi.

Jawatan Timbalan Ketua Umno, Bahagian pula dimenangi oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli yang memperoleh 332 undi, menewaskan pesaingnya, Amran Sainan (163).

Mustapha Nagor pula memenangi jawatan Naib Ketua Umno, bahagian selepas memperoleh 317 undi, menewaskan Ramli Hussain yang hanya mendapat 178 undi.

Artikel Lain