suria

Rangka Manusia Ditemui Di Tapah

TAPAH: Satu rangka manusia, dipercayai lelaki tempatan ditemui di Sungai Kroh, Air Kuning, di sini Isnin lepas.

Rangka itu ditemui oleh seorang penduduk Orang Asli yang sedang mencari burung berhampiran sebuah kolam ikan pada pukul 1 tengah hari.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui beberapa cebisan tulang dan tengkorak manusia. Turut ditemui seluar dan kemeja berwarna hitam serta tali pinggang yang kesemuanya berjenama John Master," kata Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.

"Berdasarkan pemeriksaan tulang dan barang kes, dipercayai rangka itu seorang lelaki tempatan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Lain