suria

Penunggang Maut Motosikal Terbabas Langgar Penghadang Jalan

SANDAKAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Buli Sim-Sim di sini, Isnin.

Kemalangan pada pukul 3.15 petang itu menyebabkan Razman Amsali, 28, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata ketika kejadian, lelaki itu dalam perjalanan menuju ke Bandar Sandakan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, katanya. Beliau meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Sjn Giningon Kuledad di talian 089-242222 untuk membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Lain