Perdana Menteri Kanada Diberi Sambutan Rasmi - Semasa | mStar

Perdana Menteri Kanada Diberi Sambutan Rasmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Stephen Harper ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Kanada itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra sempena lawatan rasmi tiga hari di Putrajaya, Ahad. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Stephen Harper ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Kanada itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra sempena lawatan rasmi tiga hari di Putrajaya, Ahad. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Kanada Stephen Harper yang sedang melakukan lawatan tiga hari di Malaysia sejak Jumaat, diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini, Ahad.

Ketibaan Harper pada kira-kira 9.30 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum lagu kebangsaan Malaysia dan Kanada dimainkan.

Harper kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir untuk menyambut Harper ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri kabinet.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya diiringi ke Paras Lima bangunan Perdana Putra di sini untuk memulakan mesyuarat dua hala, dengan beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani dan disusuli sidang akhbar bersama. - BERNAMA

Artikel Berikut

Perkahwinan Bawah Umur Semakin Meningkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain