Anggota Malbatt Maut Dalam Nahas di Lubnan - Semasa | mStar

Anggota Malbatt Maut Dalam Nahas di Lubnan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) berpangkat Sarjan, yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata nahas pada kira-kira 5.40 petang semalam waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) itu meragut nyawa Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32.

Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla.

Insiden itu turut menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal Nur Syahied Taib dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun.

"Kemalangan berlaku semasa anggota sedang melaksanakan konvoi pergerakan pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin," kata Zulkifeli pada sidang akhbar di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Konvoi pergerakan Kumpulan FP itu melibatkan 41 anggota dan lapan kenderaan tentera pelbagai jenis.

"Allahyarham Rosdi meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anggota yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan," kata Zulkifeli.

Nur Syahied yang cedera parah kini dirawat di Hospital Saint George di Beirut manakala Mohamad Aizuwan dimasukkan ke Hospital Tibnin.

Zulkifeli berkata Rosdi, yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu Aliza Ariffin serta tiga anak, iaitu seorang lelaki berusia lapan tahun dan dua perempuan berumur enam dan tiga tahun.

"Jenazah akan diuruskan Malbatt 5 untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba di tanah air pada Isnin, sebelum disemadikan di kampung halaman isterinya di Ipoh," katanya.

Sebelum menyertai misi itu, Allahyarham bertugas di 2 Worksyop yang berpangkalan di Ipoh, Perak.

Zulkifeli berkata beliau sudah mengarahkan agar insiden itu disiasat segera.

Dalam pada itu, Hishammuddin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rosdi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain