Saingan Tiga Penjuru Rebut Jawatan Ketua Puteri Umno - Semasa | mStar

Saingan Tiga Penjuru Rebut Jawatan Ketua Puteri Umno

PETALING JAYA: Perebutan untuk jawatan Ketua Puteri Umno akan menyaksikan persaingan tiga penjuru pada pemilihan September ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman mengesahkan akan bertanding jawatan tertinggi pergerakan itu.

Penyandangnya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin akan mengosongkan jawatan tersebut kerana beliau telah melebihi had umur kepimpinan pergerakan itu iaitu 40 tahun.

Jamilah, 37, memberitahu The Star bahawa beliau ingin mendapat restu daripada keluarga terutama ibu bapanya dan suami malah turut memaklumkan kepada ketua pergerakan itu sebelum membuat pengumuman kepada orang ramai.

"Keluarga tiada masalah dengan keputusan saya itu. Bapa saya menasihatkan saya supaya bertanding dengan cara yang betul dan melakukannya mengikut hati," katanya yang juga graduan komunikasi massa yang mengendalikan perniagaan sendiri.

Mas Ermieyati, 37, telah menyatakan keputusan lebih awal.

Ketua Puteri Umno Melaka itu merupakan peguam terlatih dan pernah bekerja sebagai pegawai khas kepada bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebelum bertanding pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.

Pada pemilihan pergerakan itu pada 2009, Mas Ermieyati memperoleh bilangan pencalonan terbanyak dan menang jawatan exco Puteri dengan jumlah undi tertinggi.

Shahanim, 40, merupakan Ketua Puteri Umno Kedah.

Beliau tidak menafikan berminat untuk merebut jawatan itu tetapi berkata dia masih 'mencari inspirasi'.

"Jawatan tersebut membawa tanggungjawab yang cukup berat dan saya perlu mengkaji sama ada saya boleh memikul tanggungjawab itu," katanya.

Shahanim merupakan eksekutif Maybank.

Beliau pernah dinobatkan sebagai 'Eksekutif Kewangan Cemerlang Untuk Maybank di Malaysia' sebelum meletak jawatan dan terlibat dalam politik sepenuh masa.

Dengan mengambil kira usianya bermaksud, beliau hanya boleh bertanding bagi jawatan No.1 itu.

Sayap Puteri menetapkan had umur 35 tahun bagi ahli biasa dan 40 tahun untuk mereka yang ingin bertanding jawatan tertinggi pergerakan itu.

Pada tahun ini, jumlah mereka yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan sayap itu berkurangan berbanding 2009 yang menyaksikan persaingan enam penjuru.

Bagaimanapun, lebih banyak nama mungkin muncul apabila pencalonan dibuka pada 7 September kerana mereka yang berminat hanya memerlukan satu pencalonan untuk disenaraikan sebagai calon di bawah peraturan baru pemilihan Umno.

Ketua Puteri Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datin Nor Sabrina Mohd. Noor, 34, menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri Umno.

Antara calon lain yang berminat untuk bertanding jawatan No.2 itu adalah Ketua Puteri Bahagian Pandan, Zahida Zarikh Khan.

Bekas ketua pergerakan Puteri, Datuk Azalina Othman akan mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk merebut jawatan Ketua Wanita Umno.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain