suria

Polis Minta Saksi Kes Jenayah Tampil Bantu Siasatan

IPOH: Kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat amat diperlukan polis bagi menyelesaikan kes-kes jenayah termasuk kes tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis memerlukan maklumat daripada orang ramai yang menyaksikan sendiri sesuatu kejadian jenayah itu untuk melengkapkan siasatan seterusnya membawa penjenayah ke muka pengadilan.

"Kami masih menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama daripada orang ramai.

"Mereka tidak begitu memberi kerjasama untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan polis," katanya di sini Jumaat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kejadian jenayah supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Mohd Shukri ditemui selepas majlis pemakaian pangkat Timbalan Komisioner Polis (DCP) kepada Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam.

Beliau diminta mengulas mengenai tiga kejadian tembak yang berlaku di negeri ini iaitu di Kampung Simee dan Chemor di Ipoh serta Simpang Empat, Semanggol baru-baru ini yang mengakibatkan kecederaan dan kematian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain