Pemilihan CEC: DAP Akan Jumpa Pendaftar ROS Untuk Dapatkan Penjelasan - Semasa | mStar

Pemilihan CEC: DAP Akan Jumpa Pendaftar ROS Untuk Dapatkan Penjelasan

KUALA LUMPUR: DAP akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman untuk menuntut dua penjelasan mengapa parti itu perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan sebulat suara mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP semalam, sebagai usaha terakhir bagi menuntut penjelasan itu.

"Tanpa dua penjelasan itu, pimpinan DAP tidak akan mampu menjelaskan kepada perwakilan DAP di kongres parti kenapa pemimpin parti mengalah dan menyerah begitu mudah," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Lim dalam pada itu turut mengulangi pendirian bahawa pemilihan CEC parti itu pada Disember tahun lepas, dijalankan secara teratur dan bersih, namun parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula, jika ROS memberi penjelasan secara munasabah dan menepati undang-undang.

Beliau berkata sehingga kini, pihak ROS belum menjawab permintaan DAP untuk dua penjelasan itu, mahupun permintaannya untuk bertemu dan berbincang.

Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi melibatkan 547 perwakilan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut