suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 Peratus Dari Lebih 20,000 Cawangan Umno Selesai Mesyuarat

ALOR GAJAH: Kira-kira 30 peratus daripada lebih 20,000 cawangan Umno seluruh negara telah selesai bermesyuarat, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh pada Isnin.

Sehingga ini semua mesyuarat cawangan berjalan lancar, katanya pada sidang akhbar di Masjid Tanah di sini, semasa mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.

Antara yang hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Idris Harun serta lebih 1,000 anggota masyarakat setempat.

Pada Ahad, Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pengurusan Umno bersetuju melanjutkan tarikh akhir mesyuarat cawangan Umno daripada 31 Ogos kepada 15 September depan.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah seperti disebut-sebut, Ab Rauf berkata beliau masih belum bersedia untuk mengulas berkenaan perkara itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik adalah antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain