suria

Shahidan Ulangi Pendirian Tanding MT Umno

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengulangi pendirian untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu berkata setakat ini pendiriannya belum berubah untuk menawarkan diri bagi kerusi itu dan tidak bercadang bertanding kerusi lain.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengamal media Perlis di Rumah Kelab Media Perlis (KEMPs) di sini malam tadi, beliau berkata setakat ini beliau belum mempunyai cadangan untuk merebut kerusi lain.

Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, tumpuannya pada masa ini ialah mengukuhkan semula kedudukan Umno di negeri ini dan membendung sikap berpuak-puak yang merugikan.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Pengarah JKM Perlis Abdullah Ali.

Majlis berbuka puasa itu diadakan sempena program gotong royong membakar lemang oleh para sukarelawan JKM dan pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). -BERNAMA

Artikel Lain