Anggota Parlimen Bukit Katil Antara Didakwa Berhubung Blackout 505 - Semasa | mStar

Anggota Parlimen Bukit Katil Antara Didakwa Berhubung Blackout 505

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung perhimpunan 'Blackout 505' pada Jun lalu.

Shamsul Iskandar, 39, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan naib ketua Mohd Nazree Mohd Yunus, 29, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari pada 22 Jun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan masing-masing dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 September untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Aini manakala Shamsul Iskandar diwakili peguam Yusmadi Yusoff manakala Khairul Anuar dan Mohd Nazree diwakili peguam A. Jeyaseelen. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain