suria

Persimpangan Lampu Isyarat USJ 20 Ditutup Mulai Selasa

KUALA LUMPUR: Persimpangan lampu isyarat Jalan Damai dan Persiaran Kewajipan di USJ 20, Subang Jaya akan ditutup sementara selama tujuh hari, mulai Selasa.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad Lim Jin Aun berkata penutupan, bermula 11 malam hingga 6 pagi itu, bagi membolehkan kerja pemasangan galang kotak segmen (SDG) dilakukan.

"Penutupan sementara dan lencongan trafik pada malam-malam terlibat merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan dan prosedur kerja melibatkan penghantaran, mengangkat dan pemasangan struktur yang besar dan berat," menurutnya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Oleh itu, pengguna jalan raya diminta berwaspada dan mematuhi had kelajuan dan papan tanda ketika melalui persimpangan tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain