suria

Nelayan Dikhuatiri Lemas Ketika Turun Ke Laut Ambil Bot

KUANTAN: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas turun ke dalam laut untuk mengambil botnya di Kampung Selamat dekat Pelabuhan Kuantan pagi Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Tamarin Daud, 29, dari Taman Balok Makmur dilapor turun ke laut kira-kira 9.50 pagi sambil diperhatian dua rakannya dari tepi pantai. "Semasa berenang menuju botnya, mangsa dikatakan tiba-tiba lemas dan tenggelam," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad kepada Bernama.

Rakan-rakan kemudiannya segera meminta bantuan penduduk kampung sebelum melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Abdul Aziz berkata sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan. -BERNAMA

Artikel Lain