suria

Malaysia Harap Pelantikan Presiden Sementara Mesir Lancarkan Peralihan Demokrasi

PUTRAJAYA: Malaysia berharap pelantikan presiden sementara Mesir akan membuka laluan bagi pemulihan dan pembaharuan peralihan demokrasi yang lancar kepada negara berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Jumaat, Malaysia menggesa semua pihak agar berusaha ke arah mencapai penyelesaian yang aman dan mengelak daripada keganasan.

"Amat mustahak agar krisis yang ada diselesaikan secara aman dan menerusi proses demokrasi untuk memilih kepimpinan sah yang baharu dan mengembalikan segera kerajaan pimpinan awam sejajar dengan aspirasi semua rakyat Mesir," menurut kenyataan itu.

"Malaysia percaya penyelesaian politik yang berpanjangan akan membantu Mesir mencapai keamanan, kemajuan dan kestabilan," jelas kenyataan itu.

Pada Khamis, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir Adly Mansour mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu selepas tentera menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Morsi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain