suria

Tiada Cadangan Naikkan Elaun Ahli Majlis PBT di Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tiada cadangan untuk menaikkan elaun Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) buat masa ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Khim berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak memikirkan untuk menaikkan elaun itu memandangkan masih terdapat perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan di peringkat PBT ketika ini.

"Kita perlu tumpu perkara yang penting terlebih dahulu seperti perkhidmatan sampah dan sebagainya. Perkara ini (menaikkan elaun ahli majlis) bukan perkara yang mendesak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan lisan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) bahawa elaun bulanan ahli majlis PBT adalah terlalu rendah dan ia perlu dinaikkan mengikut peredaran masa.

Teng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang berkata, elaun ahli majlis PBT ketika ini berjumlah RM150 setiap kali hadir mesyuarat dan jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding elaun Adun sebanyak RM75 bagi setiap kehadiran mesyuarat.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri akan meneliti cadangan tersebut sama ada ianya bersesuaian," katanya.

Artikel Lain