Tiada Rancangan Pindahkan Segera Rakyat Malaysia Di Mesir - Wisma Putra - Semasa | mStar

Tiada Rancangan Pindahkan Segera Rakyat Malaysia Di Mesir - Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Wisma Putra tidak mempunyai perancangan untuk segera memindahkan rakyat Malaysia di Mesir berikutan krisis politik yang semakin meruncing di negara itu.

Seorang pegawai Wisma Putra yang enggan namanya disiarkan semasa dihubungi Bernama berkata keadaan di Mesir masih terkawal, semua rakyat Malaysia selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam sebarang perhimpunan yang diadakan di negara itu.

"Ketika ini terdapat kira-kira 10,050 pelajar Malaysia di Mesir dan mereka telah dinasihatkan supaya tidak keluar rumah dan menjauhi kawasan-kawasan konflik dan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan," katanya.

Kementerian Luar sedang memantau perkembangan terkini demonstrasi yang diadakan di Kaherah dan beberapa bandar raya utama lain di Mesir.

Katanya, sejak beberapa hari lepas, demonstrasi berkenaan mengakibatkan ratusan orang cedera.

Beliau berkata, keadaan tidak menentu di negara itu semakin memuncak dan rakyat Malaysia dinasihat supaya menangguhkan dan menjadualkan semula lawatan ke negara itu.

Dilaporkan ribuan peserta demonstrasi yang berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, antara lain mendesak Presiden Mohamed Morsi meletak jawatan manakala ribuan penyokong Morsi berhimpun di Nasr City yang terletak bersebelahan untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan di Mesir, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain