suria

Kebanyakan Kawasan Catat IPU Baik Pagi Jumaat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik dan 20 kawasan mencatat bacaan sederhana, setakat 9 pagi Jumaat.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya, Nilai di Negeri Sembilan, satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan 113 iaitu paras tidak sihat malam semalam, menurun ke paras sederhana iaitu 72 pagi ini.

Antara kawasan yang berada di paras baik ialah Muar (47), Alor Setar (35), Kota Baru (27), Seri Manjung (50), Kota Kinabalu (47), Kuching (50), Batu Muda (43) dan Cheras (50).

Kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Putrajaya (52), Pelabuhan Klang (54), Banting (62), Balok Baru di Kuantan (73), Bukit Rambai (72) dan Kota Tinggi (93).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

Artikel Lain