suria

Penganggur Dituduh Bunuh Nenek 75 Tahun

IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan membunuh seorang nenek berusia 75 tahun pada hujung bulan lepas.

S.Sivakumar, 28, dituduh membunuh A.Sampuranam di sebuah rumah di Taman Silibin di sini pada 2.30 petang, 28 Mei lepas.

Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A.Raof, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 19 Ogos depan sementara menunggu laporan bedah siasat dan DNA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nobert Liew Chee Vui manakala Sivakumar tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain