Lapan Dilantik Anggotai Pasukan Khas Siasat SOP Kematian Dalam Lokap - Semasa | mStar

Lapan Dilantik Anggotai Pasukan Khas Siasat SOP Kematian Dalam Lokap

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof pada sidang media mengenai pasukan petugas Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 berhubung kematian semasa dalam jagaan Polis Diraja Malaysia di Putrajaya pada Selasa.- Foto BERNAMA
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof pada sidang media mengenai pasukan petugas Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 berhubung kematian semasa dalam jagaan Polis Diraja Malaysia di Putrajaya pada Selasa.- Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (Suruhanjaya Integriti) hari ini mengumumkan pelantikan lapan anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam dua kes kematian semasa dalam tahanan polis.

Pengerusi Suruhanjaya, Datuk Helilah Mohd Yusof berkata pasukan petugas itu diketuai beliau serta Pesuruhjaya Suruhanjaya, Datuk Seri Jacob Ridu, manakala pengarah Bahagian Operasi, Ahmad Mohd Sidek bertindak sebagai setiausaha.

Beliau berkata tiga anggota lain terdiri daripada Pengarah Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Inovasi, Foon Hui Yi; Penasihat Undang-undang, Eda Mazuin Abdul Rahman serta seorang Pegawai Penyiasat, Mohd Nadzri Ibrahim.

"Dua lagi ialah mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Jamil Johari dan mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee. Mereka dilantik untuk memberi pandangan berdasarkan kepakaran dan kemahiran mereka," katanya dalam satu persidangan media di pejabatnya di sini Selasa.

Pasukan petugas khas itu ditubuhkan bagi menyiasat SOP dalam kes kematian N.Dharmendran, 32, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPKL) Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas, dan R.Jamesh, 40, di IPK Pulau Pinang pada 26 Mei lepas.

Helilah berkata pasukan itu akan menyiasat sistem di dalam lokap, dari awal seseorang itu ditahan sehingga selesai, untuk melihat faktor penyumbang sehingga boleh menyebabkan kematian di dalam lokap.

"Laporan yang kita buat adalah telus supaya masyarakat yakin dan mendapat gambaran sebenar mengenai apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyambut baik penubuhan jawatankuasa itu yang dapat membaiki perkhidmatan polis terhadap masyarakat.

"Saya percaya dapatan jawatankuasa ini kelak akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha-usahanya untuk memperbaiki lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) khususnya tentang keselamatan banduan," katanya ketika dihubungi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain