Pembangkang Dakwa Ada Bukti 8 Pengundi Hantu Cemar PRU-13 - Semasa | mStar

Pembangkang Dakwa Ada Bukti 8 Pengundi Hantu Cemar PRU-13

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu dicemari penipuan apabila wujudnya 'pengundi hantu' yang menggunakan kad pengenalan palsu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata sehingga kini terdapat lapan individu dari seluruh negara tampil membuat laporan polis yang mendakwa dihalang daripada membuang undi kerana nama dan kad pengenalan mereka sudah digunakan oleh individu lain.

Daripada lapan individu berkenaan, empat daripadanya dilaporkan berlaku di Selangor membabitkan kawasan Parlimen Kuala Selangor, Serdang, dan Shah Alam manakala masing-masing satu kes di Kedah (Sungai Petani), Kelantan (Tumpat), Terengganu (Kemaman) dan Negeri Sembilan (Rembau).

"Daripada semua kes yang kami terima setakat ini, ia membuktikan wujudnya kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan JPN dan diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

"Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu, tetapi membayangkan kegagalan JPN menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia," katanya.

Pada sidang media yang sama Ahli Parlimen Pandan itu turut mengedarkan lapan salinan laporan polis oleh kesemua individu berkenaan.

Selain itu menurut Mohd Rafizi, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan kesemua individu tersebut untuk membuat Akuan Bersumpah (SD) bagi mengukuhkan dakwaan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain