suria

Isteri Didera Hingga Mati Kerana Enggan Rujuk

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai akibat didera suaminya di sebuah rumah di Taman Bahagia, Jalan Puchong di sini.

Wanita berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata terdapat kesan lebam yng baharu dan lama di seluruh badan mangsa.

"Kami kini dalam usaha memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Beliau berkata suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.

Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian, tambahnya. - BERNAMA

Artikel Lain