Kereta Mewah Yang Dicuri, Diseludup Ke Sabah Akan Dihantar Semula Ke Brunei - Semasa | mStar

Kereta Mewah Yang Dicuri, Diseludup Ke Sabah Akan Dihantar Semula Ke Brunei

KOTA KINABALU: Sejumlah 41 kereta mewah bernilai RM4juta yang dicuri dari Brunei dan diseludup ke Sabah pada 2011 akan dihantar semula ke negara jiran itu, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah SAC Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata semua kereta itu, yang sudah dijual di Sabah, akan dihantar ke Brunei selepas siasatan kes berkenaan selesai dan pemilik kenderaan dikenal pasti.

"Mereka telah membuat tuntutan kepada pihak insurans di Brunei dan pihak polis dari sana telah datang ke sini untuk menerima kereta berkenaan bagi pihak mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kepayan, Selasa.

Tan berkata selepas menerima maklumat dan permintaan polis Brunei, pihaknya melancarkan operasi selama 3 bulan sejak Oktober 2011 dan menahan enam rakyat tempatan dan seorang warga Brunei.

Beliau berkata penahanan itu membawa kepada penemuan kereta curi berkenaan dan kes itu mengambil tempoh masa yang lama untuk diselesaikan kerana memerlukan penelitian.

"Mereka (suspek) juga didapati telah berjaya memalsukan cukai jalan kereta berkenaan sebelum menjualnya kepada pembeli di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Brunei SAC Pengiran Wahab Pengiran Omar berkata semua kereta akan dibawa dan dikumpul di Tempurung (Brunei) sebelum diserah kepada pihak yang terbabit.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah mendapat agihan 16 jentera FRT, lima kenderaan utiliti dan dua jentera PBS (Pasukan Bomba Sukarela) dari ibu pejabat Putrajaya yang bernilai RM1.7 juta.

Pengarahnya, Tuan Nordin Pauzi berkata jentera itu merupakan antara yang terbaik di dunia kerana menjadi pilihan negara maju dan negara yang lebih terkedepan berkaitan kebombaan.

"Ia menggunakan teknologi automotif dan casis dari Scania, yang berasal dari negara Sweden, keupayaan enjin 9000cc dengan 310 kuasa kuda, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap seperti brek angin sepenuhnya dengan system ABS, sistem transmisi dwifungsi iaitu gear boleh dikendali sama ada secara automatik ataupun secara manual," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain