Tiga Sebab Sultan Selangor Perkenan Abdul Khalid Jadi MB - Semasa | mStar

Tiga Sebab Sultan Selangor Perkenan Abdul Khalid Jadi MB

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa memberikan tiga sebab baginda memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua.

Pernyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Baginda di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

"Sultan Selangor berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar atas alasan-alasan berikut iaitu ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon Menteri Besar yang baru.

"Abdul Khalid telah memenuhi semua syarat yang diperlukann bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Abdul Khalid pernah menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini dan pengalamannya itu boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," kata Mohd Munir.

Dalam pada itu, Mohamad Munir berkata, kelewatan pelantikan Menteri Besar kerana Sultan Selangor menunggu senarai calon untuk dikemukakan oleh ketiga-ketiga parti komponen Pakatan Rakyat.

"Di samping itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon Menteri Besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila Pakatan Rakyat memenangi PRU-13.

"Justeru itu, Sultan Selangor telah menunggu parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan calon Menteri Besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon sahaja yang dikemukakan," kata Mohamad Munir.

Penjelasan Sultan Selangor itu sekali gus menjawab persoalan mengenai pelantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua.

Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor.

Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13.

Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2,994 undi.

Artikel Berikut

Wanita Didakwa Lindungi Pengganas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain