suria

Ahmad Said Dan Exco Terengganu Angkat Sumpah Pada Sabtu

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di Istana Maziah, di sini pada Sabtu.

Menurut sumber daripada Jabatan Penerangan Terengganu, istiadat di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang dijadual pukul 9.15 pagi itu akan turut disertai angkat sumpah jawatan barisan exco negeri.

Ahmad, 56, menerima surat pelantikan itu petang semalam selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas Barisan Nasional Terengganu mengekalkan penguasaan apabila menang 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13, Ahad lepas.

Ahmad mempertahankan kerusi DUN Kijal dengan majoriti 4,204 undi mengatasi calon PAS Hazri Jusoh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain