suria

Pelajar Maut Motosikal Rempuh Kereta Di Temerloh

KUANTAN: Seorang pelajar sekolah maut selepas motosikalnya merempuh sebuah kereta di Km12 Jalan Lanchang-Mempaga dekat Temerloh pada Rabu.

Iskandar Baharudin, 16, dari Felda Lakum, Lanchang mati di tempat kejadian dalam kemalangan 11.15 pagi itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata motosikal mangsa yang turut dibonceng rakannya ditunggang secara bahaya.

"Motosikal itu dilapor secara tiba-tiba meluru keluar dari kawasan semak dalam keadaan tayarnya diangkat (wheelie) dan memasuki jalan utama di hadapan kereta terbabit.

"Pemandu kereta terbabit cuba membrek namun gagal sebelum keretanya merempuh motosikal mangsa," katanya di sini Khamis.

Beliau berkata rakan mangsa kemudiannya melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

Mohamed Fauzi berkata seorang lagi penungggang motosikal juga terbunuh selepas merempuh sebuah lori rosak yang diletak di bahu jalan di Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis kira-kira 8.50 malam Khamis.

S. Jeevananthan, 19, dari Padang Tengku, Lipis maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain