Lelaki Cedera Parah Ditembak Dari Jarak Dekat - Semasa | mStar

Lelaki Cedera Parah Ditembak Dari Jarak Dekat

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun, di sini malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa dihampiri seorang lelaki yang memakai topi keledar kira-kira pukul 11 malam dan melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

Beliau berkata tembakan itu mengenai kepala lelaki berusia 43 tahun itu dan dia dihantar ke Hospital Sungai Bakap, di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

"Lelaki itu kini berada dalam keadaan koma," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata lelaki yang melepaskan tembakan ke arah mangsa melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama rakannya yang menunggu kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.

"Ketika melarikan diri, lelaki terbabit tercicir sebuah beg berisi peluru dan topi keledar yang dipakainya berhampiran tempat kejadian," katanya.

Mazlan berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian tembakan itu.

"Kami akan mengambil keterangan daripada saksi kejadian dan anggota keluarga mangsa serta rakan-rakannya," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain