suria

Dapatkan Kembali Selangor Untuk Teruskan Tranformasi Rakyat - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap dapat menguasai kembali Selangor bagi membolehkannya meneruskan program transformasi untuk rakyat di negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata sokongan pengundi Selangor diperlukan bagi mengembalikan kepimpinan kerajaan negeri kepada BN. "Kita perlu kerajaan negeri kembali ke pangkuan BN. Kita sudah serik dengan kerajaan negeri pakatan rakyat. Kalau kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berlainan, ia adalah susah," katanya kepada para penyokong BN ketika membuat tinjauan mesra di kawasan Taman Melawati, Hulu Klang dekat sini, Isnin.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam di Taman Melawati selepas melawat kawasan Taman Greenwood, Gombak kira-kira sejam.

Najib yang juga pengerusi BN berkata parti gabungan itu meletakkan calon-calon yang boleh membantu kerajaan meneruskan program transformasi untuk manfaat rakyat.

Artikel Lain