suria

Lahad Datu: Ahmad Zahid Nafi Rakyat Filipina Di Sabah Ditindas

GOMBAK: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa rakyat Filipina di Sabah ditindas dan diserang pasukan keselamatan dalam usaha mengesan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai anggota keselamatan yang menyerang komuniti Sulu yang menetap di Lahad Datu.

"Saya percaya bahawa ini adalah tuduhan tidak berasas. Jika berlaku insiden tembakan, polis dan tentera akan membuat pengumuman sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pembinaan Kolej Kediaman (Mahallah) di tapak Mahallah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain