suria

Penduduk Kampung Bimbang Serangan Balas Kumpulan Bersenjata Sulu

SEMPORNA: Mustarim Fermin, 31, membungkuskan tilam dan pakaiannya ke dalam beg kerana dia mahu keluar dari Kampung Simunul pada pagi Selasa, selepas mendengar khabar angin bahawa kampung itu akan dibakar.

“Kami tidak merasainya sebelum ini jadi saya tidak mahu mengambil sebarang risiko,” katanya, yang meninggalkan kawasan itu dengan beberapa beg, sambil berkata, dia menetap bersama seorang saudara dan akan pulang kembali sekiranya keadaan menjadi lebih tenang.

Ketua kampung, Panglima Ramli Sarahman, 56, berkata, penduduk kampung bimbang terhadap serangan balas dendam selepas sekumpulan lelaki bersenjata terbunuh apabila diserang oleh sekumpulan anggota polis.

“Terdapat macam-macam khabar angin, dan kami memberitahu mereka untuk tidak mendengarnya tetapi mereka masih berhati-hati. Penduduk kampung juga akan melakukan pemantauan ke seluruh kampung,” kata Ramli yang berjaga sepanjang malam.

Artikel Lain