Graduan Kelas Pertama Diberi Keutamaan Berkhidmat Dalam Sektor Awam - SPA - Semasa | mStar

Graduan Kelas Pertama Diberi Keutamaan Berkhidmat Dalam Sektor Awam - SPA

BAGAN DATOH: Graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dari pusat pengajian tinggi luar negara diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam sektor awam di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya khidmatan Awam (SPA) Datuk R. Segarajah.

Beliau berkata lulusan cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau kerajaan negeri juga diberi keutamaan untuk bekerja dalam sektor awam.

"Mereka (lulusan) akan melalui temuduga untuk membolehkan mereka membuat pilihan atau dilantik terus ke dalam perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi SPA bersama ketua jabatan persekutuan, badan-badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hilir Perak di sini, Selasa.

Sekiranya tidak mahu berkhidmat dalam sektor awam, mereka dibenarkan bekerja di sektor swasta melalui pengurusan Talent Corporation Malaysia Berhad, katanya.

Katanya, setakat ini seramai 100 lulusan cemerlang dari pusat pengajian tinggi luar negara ditawarkan untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Beliau berkata perkhidmatan sektor awam di negara ini tidak banyak kekosongan kerana umur pesaraan telah dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun dan ini sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang bersara.

"Berikutan itu, mereka yang ingin bekerja di sektor awam hanya untuk jawatan baharu yang ditawarkan sahaja bukannya untuk mengisi kekosongan penjawat awam yang telah bersara," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain